20090618

.fenomena dunia diterbalikkan.


Semakin hari dunia semakin terbalik, hampir terbalik dan mungkin sudah terbalik.
Mengapa?
Dahulu bekerjaya sebagai ustaz kini semakin hanyut ditelan arus hiburan mengejar populariti ingin menjadi artis .
Jika dulu songkok sebagai aksesori tapi kini pelbagai bentuk aksesori gelang, cincin dan rantai tersarung di badan saling silih berganti mengikut kesesuaian majlis.
Sedang perkara itu sudah terang lagi bersuluh dilarang dalam agama sama sekali.
Yang dahulunya membawa lagu-lagu dakwah, berimej islamik tapi kini imej itu sudah hilang dibawa arus dan kini mengikuti arus muzik terkini rock yang mana mesej-mesej cinta yang melalaikan dan menarik minat golongan muda disajikan.
Anak-anak kandung diabaikan nafkah dan perasaannya tapi anak orang diberi layanan istimewa, dipenuhi segala permintaan, dijaga perasaannya,
diberi bermacam hadiah yang mana anak-anak sendiri tidak pernah dilayan sebegitu rupa oleh ibu bapa mereka sendiri, bak kata pepatah anak kera disusukan, anak sendiri dibiar mati kelaparan.
Inilah kehidupan dan sikap masyarakat hari ini.

1 comment: