20090623

.rOda kehidupan.


Roda kehidupan berputar setiap saat. Ketika di atas, renung-renunglah mereka yang di bawah. Jenguk-jenguklah siapa yang di bawah. Caknakanlah rakyat yang di bawah. Kasihanilah siapa yang tertekan dan ditekan dibawah.

Ini semua agar apabila tiba giliran kita berada di bawah, kita akan merasa segala jerih perih mereka yang pernah mengalaminya. Kita akan merasa segala tekanan dan penderitaan mereka yang pernah dizalimi. Kita akan menginsafi segala tindak-tanduk kita yang melulu semasa kita berada di atas.

Tetapi adakah semua manusia berfikir begitu?. Adakah semua manusia berperasaan begitu? Adakah semua manusia bersedia untuk berada dibawah?

Walau apapun, jika manusia berpaut kepada ajaran langit, bertindak mengikut arahan langit, berfikir akan keAgungan langit, InsyaAllah bila manusia berada DI ATAS roda, dia akan merenung mereka yang di bawah, akan mencakna mereka yang tertekan dibawah, akan turut merasakan azab sengsara mereka yang berada di bawah.

Di dalam masa yang sama apabila mereka pula berada DI BAWAH roda, mereka akan berkata ‘Cukuplah Allah Sebagai Pelindung Ku’.

No comments:

Post a Comment