20090825

saranan mujaddid...satu renungan di bulan ramadhan



Semoga sepanjang tahun kalian berada dalam kebaikan

Ya, setiap hari silih berganti sebenarnya menjadi saksi ke atas amal yang kita lakukan…Dan ia juga sebenarnya merupakan peluang baru yang Allah kurniakan kepada kita untuk kita menyelamatkan diri kita, dengan mengikuti rahmatNya yang memberi petunjuk dan ManhajNya yang utuh…ISLAM YG AGUNG

Langkah yang pertama yang perlu ke arah itu ialah kita beramal bermula daripada diri kita sendiri

Seperti mana yang disarankan oleh Mujaddid Imam Syahid Hassan Al Banna

Wahai Saudara/i sekelian

Medan yang pertama bagi kalian adalah diri kalian sendiri, apabila kalian Berjaya menguasainya maka kalian akan mudah menguasai orang lain, dan apabila kalian remehkan untuk bermujahadah terhadapnya maka anda akan lemah berdepan dengan orang lain.Maka cubalah berjuang terhadapnya dulu…Ingat bahawa sesunggunya Dunia seluruhnya sedang menanti satu generasi daripada pemuda-pemudi yang dilengkapi dengan kesucian yang sempurna serta mempunyai akhlaq yang kuat lagi mulia. Maka jadilah kalian pemuda-pemudi itu dan jangan berputus asa, berilah perhatian yang sungguh-sungguh terhadap sabda Rasulullah s.a.w.: { Berilah jaminan kepadaku enam perkara nescaya aku jamin bagimu Syurga: Benar apabila kamu berkata-kata, Tepati apabila kamu berjanji, Tunaikan amanah apabila kamu diberi amanah, Peliharalah kemaluan kamu (jauhi drp zina), Tundukanlah pandangan kamu(drp yang haram), peliharalah daripada kejahatan (kezaliman) tangan kamu, kemudian lihatlah (ukurlah) adakah kamu demikian

Wahai saudara/i sekelian

Dakwah kamu ini berdiri di atas tiga asas

Mengenali Allah (makrifatullah

(Kebaikan diri (solahu anNafs

(Kasihkan Makhluk (mahabbatu al Khalq

Adapun makrifatullah akan berlaku dengan Merenung dan Bermuraqabah

Kebaikan diri dengan Taat perintah Allah dan Bermujahadah

Kasihkan Makhluk dengan al Nasihah (jujur terhadap mereka) dan Ithar (berkorban untuk mereka

Dan perkara pertama yang aku mohon daripada kamu secara amali, dan aku Muhasabah kamu di atas nama fikrah

a)Supaya kamu menjadikan bagi diri kamu satu sukatan daripada al Quran untuk kamu baca setiap hari dan kamu menghafal daripadanya sekurang-kurang satu ayat

b)Supaya kamu mengambil berat tentang muhasabah sebelum tidur, bentangkan kepada dirimu sendiri setiap apa yang dilakukan sepanjang hari jika sekiranya ada kebaikan maka bersyukur dengan memuji Allah, dan jika sebaliknya maka berazamlah untuk membaikinya apa-apa yang luput

c)Supaya kamu mengambil berat untuk menunaikan sembahyang pada waktunya, dan kamu perelokkan dalam menunaikannya, kamu mengerti tentang hukum hakamnya, sempurnakanlah Ruku’nya, Sujudnya serta kekhusukkannya, perelokkan serta tadabburlah apa yang kamu baca daripada Kitab Allah di dalamnya, dan jangan kamu cuaikan solat sunat rawatib, dan berusahalah untuk ke masjid dan berjamaah sedaya upaya kamu, dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk sembahyang subuh pada waktunya

{ وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }

Demi al Quran di waktu fajar, Sesungguhnya al quran di waktu fajar itu adalah disaksikan

IMAM HASSAN AL-BANNA

No comments:

Post a Comment